Wednesday, March 16, 2011

ini betol2..

adoiyaaa....rase cam nak hentak kepala kat dinding 100 kali je ( trex sila berbuat demikian)..semenjak dua menjak nie, aku rase hidup aq nie mengalahkan seorang perdana menteri ..kenapa aku berkate-kate sedemikian..ye laa..bayangkan satu minggu bertimbun-timbun esemen yang perlu dibuat mengalahkan tunku abdul rahman nak wat proposal mintak kemerdekaan dolu-dolu tue..aiyaa..
.
tapi...
.
tapi kan....
.
.
.
tapi korang tak pelik ke..nape aku masih menaip madah madah berhelah nie walaupun aku bizi?????



"dah  le trex ko nk wat entry baru tu..
jom kite p buat homework..
aku taw ko memang rajin "
ujar trex kepada dirinya sendiri


Thursday, January 20, 2011

cik jururawat yang sangat menyibuk..!!!!!

ramai tak di antara anda yang mengalami masalah untuk hilangkan parut jerawat? Kebiasaannya nak hilangkan parut atau bekas jerawat ni memakan masa gak. Sehinggakan kadang2 ada yang dah putus asa menunggu. Waduh... ianya pastinya menguji tahap kesabaran anda, kan?

Namun begitu, usahlah anda runsing sangat mane bleh tak runsing dik oii, jatuh la saham aku kalo cam nie... huhu dengan keadaan ini. Sebab, suatu hari nanti kulit anda pasti kembali sihat bila dah jumpa petua @ kaedah rawatan yang sesuai dengan kulit anda.


Nah, ni ada satu petua kecantikan untuk menghilangkan kesan jerawat kat muka anda. Ikuti langkah di bawah, okey;


1. Ambil sedikit rizom cekur dan tumbuk sehingga halus.

gambar daun cekur 1
Gambar Daun Cekur 


gambar rizom cekur 1
Gambar Rizom Cekur 



2. Kemudian, campurkan pula rizom cekur yang dah ditumbuk halus tadi dengan bedak sejuk.

3. Gaul dan kacau campuran tu sehingga sebati.

4. Sapukan pada kawasan kulit muka anda yang berjerawat tu sebelum tidur.

5. Pada keesokan pagi, cucilah wajah anda sampai bersih.


Amalkan pemakaian bedak sejuk + rizom cekur ni sampailah parut jerawat anda tu hilang.


Selamat Mencuba!

testing...

  cik stepler wane pink


 cik bunga plastik


cik bunga plastik lagi

cik k0tak hijau yg striking...


cik canon si printer hebat..



apesal entri mcam ntah pape kan??
nak taw? nak taw??
ni p1,  percubaan amek pic..
saje2 nk test2 skil..ade ke tak bakat jadi cik photographer..
hahahhah..
hmmm,,mmg cda bakat pommm
haishh

Wednesday, November 17, 2010

RINDU

rindu itu anugerah 

ya Allah..rindukan lah aku pada perkara yang memberi kebaikan
dan lupakan lah aku pada perkara yang melalaikan

Memang rindu itu anugerah dari-Nya..
Bila kerinduan yang dirasakan..
menenangkan diri..bukan sebaliknya..
jika ia meresahkan..
maka apa yg dirindui itu hanyalah membawa keburukan

Rindu kepada ketenangan..
Rindu kepada kedamaian..
Rindukan kebahagiaan bersama keluarga..
Rindu kepada Tuhan..

LA TAHZAN....

Assalamualaikum wbt..
alhamdullillah kita masih lagi diberi kesempatan untuk hidup di dunia ini....

la tahzan..jangan bersedih lagi..usah la kite ingat hal2 yang sudah berlaku..menangisi dunia itu ama jina sekali..sesungguhnya lebih mulia menangisi adakah amalan kite sudah cukup untuk kite menemui Allah SWT..

1)Yang Berlalu Biarlah Berlalu
Mengingati masa yang lalu dan bersedih dengannya merupakan suatu kebodohan dan bersikap gila.Selalu mengingati masa yang lepas adalah sebuah pembunuhan terhadap sebuah cita-cita.File masa yang lalu bagi orang yang  cerdik biasanya dilipat dan tidak diceritakan.Masa yang lalu ditutup dan dikunci rapat dalam peti lupa,sebab ianya sudah berlalu dan telah berakhir.
Selayaknya umat manusia tidak perlu menoleh kebelakang ..hembusan agin ke hadapan,rombongan kafilah bergerak kedepan..oleh itu janganlah menyalahi sunah kehidupan.
Allah telah menyebut dan menceritakan apa yang telah berlaku kepada kaum kaum terdahulu seperti dibawah

Allah s.w.t telah berfirman (Al-Baqarah:141)
Yang maksudnya berbunyi:
“Itu adalah umat yang lalu”
Kita sering terlena dengan istana istana indah dan menangisi keruntuhan yang telah berlaku.Ingatlah jika manusia dan jin dikumpulkan untuk mengembalikan apa yang telah berlalu nescaya gagal dan tidak mampu kerana ianya mustahil.



2)Biarkan Masa Hadapan Datang Sendiri
Allah s.w.t berfirman (Al-Nahl:1) yang bermaksud:

“Telah pasti datang ketetapan Allah maka janganlah kamu meminta agar disegerakan(datang) nya”

Jangan sesekali mendahului peristiwa yang belum terjadi.Adakah anda ingin melahirkan anak sebelum sempurna hamil?Adakah anda ingin memetik buah sebelum tiba masak?
Mengapa kita perlu sibuk untuk hari esok,mengapa kita berasa bimbang terhadap malapetaka ,peristiwa hari esok sedangkan kita belum tentu menjumpai hari esok.
Apa yang amat penting ditanam dalam fikiran kita ialah hari esok masih lagi dalam alam ghaib.Memberi peluang yang luas kepada akal fikiran untuk memikirkan masa hadapan dengan seolah kita membiarkan diri kita dibawah pengaruh panjang angan-angan.
Sesunguhnya ianya tindakan yang dimurkai oleh hukum syariat.Meramalkan suatu yang bakal terjadi pada masa hadapan adalah tindakan tercela berdasarkan hukum akal yang sihat.
Kebanyakan dunia sekarang nie asyik berfikir dan berkira pelbagai peristiwa yang bakal berlaku seperti penyakit,bencana kelaparan dan kemiskinan yang menimpa manusia.
Sesunguhnya ia tidak membawa menfaat kepada kita,ia merupakan kajian kajian syaitan sebagaimana :

firman Allah S.W.T (Al-Baqarah:268) yang bermaksud,
Syaitan menjanjikan(menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir);sedangkan Allah menjanjikan untuk mu ampunan daripadaNya dan kurnia.Dan Allah Maha Luas(kurnia-Nya)lagi Maha Mengentahui”




Jadi janganlah ditunggu hari esok biarlah ia datang sendiri dan sibuklah untuk hari ini dan janganlah sesekali panjang angan -angan dan usah ditanya pasal hari esok.

Saturday, October 23, 2010

woop..woOp..!



xtaw nak komen ape pasal match smalam
kire KLATE hebat ooo...lama sudaa xmasok final..
congrate kat team klate ( 1-0) yang kalahkan kedah smalam..
kedah jgan sedih2 ok..! taon dpan wat leklok..ahaksss...
gol mudah je pom semalam,... tp GK kedah frust gile ar sbb bola 2 boleh tepis..
xpa2 da nasib klantan menag smalam..!




Thursday, October 14, 2010

ber 'mangkuk' ing

ni bukan mangkuk yang korang guna makan megi taw
haaahha.. no..no..no.. bukan mamgkuk itu
.(.kan ade da gelak ni)

mangkuk yang aq maksudkan ni len la
au kite translate kot bi
jadi la
BER BOWLING